Thursday, 26 December 2013

Terkini di KKC

Assalamualaikum

Sudah menjengah sebulan saya tidak menulis di blog ini kerana menyebokkan diri menulis di blog peribadi.

Perkembangan terkini di KKC ialah pokok cili saya makin membesar .. Alhamdulillah. Saya ada bagitau tak dekat entri sebelum nie, saya ada tanam labu? kalau takde saya nak bagitau pokok labu saya juga sudah tumbuh setinggi 10-15cm juga Alhamdulillah.

Semalam ada sedara dari Singapore datang, mak ambikkan kunyit untuk dibagi kepada mereka.  Kami cabut 2 rumpun pokok, dapatlah penuh 1 pongkes kunyit . Kemudian diorang nak daun kunyit juga jadi saya pun petikkan sekali.

Pokok serai dah gemuk sikit, daun pucuk keledek semakin menjalar, kami dah besarkan kawasan untuk pucuk keledek, manakala disebelah kawasan keledek baru nak keluar pokok lada.

Tak lama lagi kalau Allah izin saya nak mencuba untuk menanam bendi, sayur kobis dan jagung madu. Benihnya saya beli secara online dkt blog diari tani, 1 bungkus rm3.00 tapi belum sampai lagi sebab order guna pos biasa.Harap-harap usaha saya tu berhasil untuk menjadi petani moden . Chewahhhhh.

Dekat blog tu banyak dia jual benih tapi takut x sesuai dengan tanah saya, macam sawi, salad, bayam yang memerlukan tanah berpasir.Semuanya harga RM3 saya rasa murah juga sebab tengok benihnya banyak juga (tengok dari Internetlah)

nanti saya update gambar terkini ya. Selamat bertani semua :)


Sunday, 24 November 2013

GALERI KKC

Assalamualaikum semua

Hari Ahad baru berkesempatan untuk menjengah KKC walaupun saya telah mula bercuti pada hari Jumaat. Berkesempatan untuk membersihkan rumput yang tidak pernah berhenti untuk hidup :) membakar daun pokok durian dan manggis yang tidak jemu-jemu untuk gugur :)

Jom kita tengok gambar di sekitar KKC yang sempat saya ambil dengan camera sony merah hati saya

                                                                     sayur pucuk keledek

                                                   sebahagian dari tanaman pokok kunyit saya

                       pokok serai yang kurus melidi, tapi Insyaallah akan gemuk tumbesarannya
                                                (ada lebih kurang 15 pokok yang saiz begini)

                                     pokok beruas (biasa orang guna untuk buat botok-botok)

Pokok pucuk manis (teringat zaman kecik-kecil dulu, kalau masak maggie takde sayur nak letak, kami letak sayur nie) - zaman hidup susah memang banyak mengajar saya nilai sesuatu barang

       pokok pucuk paku yang ditanam oleh makcik saya, banyak juga yang ditanam disekitar KKC

 ini daun dari pokok pucuk soh, biasanya kami masak lemak letak kentang letak daun pucuk soh, lepas tu buat sambal cili hijau. peh... sedap, nak lagi sedap ada ikan kering atau ikan goreng..bertambah-tambah pehnya.........hik hik..

sekian untuk hari ini..nanti saya update lagi







Wednesday, 20 November 2013

Catatan Pertama Saya

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Ini adalah blog saya yang terkini, yang terlama ada juga iaitu blog Cengkih Kayumanis atau laman blognya beralamat seperti berikut zurinzurina.blogspot.com. 

Blog ni saya nak kongsikan minat saya dalam bidang pertanian. Macam tidak percaya saja kan?? tapi percayalah kerana ia memang minat saya ketika cuti hujung minggu atau hari cuti-cuti umum.

Sudah nama tajuk blog pun kebun kecil saya (KKC) maka pada masa akan datang saya akan menulis shortform sahaja manalah tahu boleh jadi trending search ...Ahaks (saya sebenarnya tidak berkenan bila orang tulis perkataan "ahaks" tu macam orang batuk tapi tak lepas)

KKC ini akan menjadi medan penulisan saya untuk berkongsi pengalaman dan perasaan ketika berada disini, apa yang saya tanam, siapa yang terlibat, jadual saya (macam best je kan) 

KKC terletak dekat je dengan rumah saya, tanah nenek saya, daripada terbiar dan jadi hutan maka saya dan mak dan kadang kala pelakon tambahan iaitu adik saya akan membersihkan kawasan tersebut. Sebelum ini kami aktif dengan tanaman lada, lada cili ada tapi beberapa pokok saja sebab lada cili susah sikit nak hidup compare to lada, benihnya saya ambik dari lada kering. Banyak jugalah pokok lada yang menjadi dan ramai jugaklah sedara mara yang merasa lada yang kami tanam tu.

Namun panas tidak berpanjangan, tanaman lada kami semakin hari semakin rosak, mungkin disebabkan faktor cuaca, ketek yang mengacau (ketek tu monyet ya), maka kami telah beralih arah ketanaman yang lain. Buat masa ini kami telah berjaya menanam kunyit dan serai, kunyit dah besar sikit dalam 2-3 bulan, serai baru nak masuk sebulan. Hujan yang sentiasa turun sejak akhir-akhir ini menyebabkan serai saya tak berapa nak gemuk, tapi alhamdulillah hujan itu kan satu rahmat maka kunyit saya yang dah besar sikit hidup dengan segarnya. 

Disudut kecil KKC kami turut menanam pucuk keledek, dan cubaan terkini lada cili (harap-harap benih yang adik semai menjadi), pokok lengkuas ada juga 2 pokok yang tengah menunjukkan hasil, lengkuas pun susah nak hidup, stail mak kalau setiap kali nak tanam apa-apa pokok mesti ada dialog nie "hiduplah kau pokok, kalau kau hidup aku nak sedekahkan dekat orang" 

rasanya itu sajalah catatan pertama saya untuk saya kongsikan, hari Jumaat nanti saya nak ambil gambar, tapi nanti mak mesti pelik sebab bawak camera pergi kebun, tak pelah mak, daripada amik gambar orang yang mendedahkan aurat atau benda-benda haram kita ambik gambar tumbuh-tumbuhan ye mak.

Hari Jumaat, kami warga Johor bercuti sempena hol sultan Johor, jadi kalau tak ada apa-apa bolehlah saya ke kebun hari tu. Insyaallah.

tetiba teringat dialog rancangan agrotek tv1 "pertanian adalah perniagaan"

Sampai jumpa. Assalamualaikum :)