Thursday, 10 April 2014

Sentuhan April



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebelum ada yang bertanya, lebih baik saya jawab dulu, saya memang suka tulis tajuk entri yang macam ala-ala tajuk lagu. J  J . nak karang sebuah lagu memang tak pandai, dapat hasilkan tajuk lagu pun jadilah.

Hari ini hari Khamis, dan mungkin entri ini akan tiada sebarang gambar kerana esok baru nak kumpul mana-mana gambar dan akan dipublish pada hari Jumaat . Semalam untuk pertama kali saya memetik 3 biji  buah rosselle yang saya tanam akhir Januari lepas. Boleh tengok entri saya bulan Januari jika nak tahu dimana saya membelinya. 

Selain buah rosselle saya juga memetik bendi tua untuk dijadikan benih, dan juga lada cili yang kembali berbuah setelah berakhirnya musim panas berpanjang sepanjang 3 bulan lepas. Alhamdulillah. Semasa musim panas, setiap kali pergi ke KKS saya lebih banyak menyapu dedaun yang gugur, tapi bila hujan mula turun, saya kembali mencabut rumput yang mula menghijau. Tanaman keledek saya gemuk sikit begitu juga En Serai dan En Kunyit, kalau tak "cekeding"je pokoknya.

Oh ya, saya dah alihkan pokok kobis saya, sebelum ni saya tanam dekat dalam pasu dan polybag dekat tepi rumah, tapi dah 3 bulan tanam, taklah berbuah-buah. Jadi minggu lepas saya telah mengambil keputusan drastik untuk mengalihkan lebih kurang 10 pokok kobis ke KKS dan saya tanam terus ke tanah, nak tengok macam mana perkembangannya. Esok, Insyaallah saya akak alihkan lagi beberapa pokok yang ada dekat tepi rumah. 

Pokok jagung madu saya "sakit". Sebelum ini, ada 2 pokok yang sihat membesar (cubaan pertama) tapi jadi semakin layu sejak akhir-akhir ini, dan lebih menyedihkan kena langgar dengan apa agaknya, salah satu batangnya patah. jadi saya turut membuat tindakan susulan Jdengan mengalihkan pokok jagung yang berada didalam polybag untuk ditanam terus kedalam tanah. Dan dengan Kuasa Allah, pokok jagung saya tu menunjukkan tanda-tanda akan mengeluarkan buahnya. Alhamdulillah lagi sekali.

Pokok bendi saya alhamdulillah semuanya sihat dan membesar, saiznya panjang, tapi nak tau tak, bila saya petik buahnya keras kebatu. Saya pun pergilah merujuk ke FB KEBUN BANDAR, sebab nak tahu kenapalah jadi begitu, menurut mereka, salah satu sebabnya ialah bendi tersebut telah terlebih matang, atau memang buah buah tersebut matang pada saiz yang kecil bukan besar, jadi bendi yang saya dah ambik tu saya simpan untuk dijadikan biji benih, begitu juga roselle, saya simpan bijinya untuk dijadikan benih.

Pokok apa lagi yang saya belum cerita ya? Ohh pokok lada hijau dari benih lada kering, setakat minggu lepas yang saya tengok, pokoknya memang membesar bagai johan, dan tengah rancak mengeluarkan bunga bahkan ada antara mereka yang sudah berbuah. Alhamdulillah. Pokok kacang botol saya masa mudanya cantik hijau melilit, tapi mungkin kurang mendapat perhatian dan sedikit terabai, sebahagian daripada mereka ada yang sudah layu begitu juga petola bantal.

Lagi, pokok terung saya yang 2 pokok tu, sebelum ni saya tanam dekat pasu kecil, minggu lepas saya dah alihkan ke pasu yang besar dan saya gantikan tanahnya, sebab dekat pasu lama tanahnya dan berakar dan dah macam sarang burung saya tengok, patutlah tak besar-besar pokoknya. Salah satu pokok dah mula berbuah. Alhamdulillah.

Lagi...emm pokok labu nampaknya dah mula menjalar balik sama seperti keledek, berkat turunnya hujan, dan untuk makluman, ketika saya sedang menulis entri ini hujan sedang turun seperti gugurnya bunga sakura yang menjadi fenomena dibumi Malaysia sekarang ni, rasa macam feeling-feeling berada di Jepun, dekat taman sebelah rumah saya ni ada jugak pokok sakura tu, tapi bunganya tak banyak sangat, kalau pokok yang terletak jauh sikit dari rumah saya lebat bunganya.

Selain dari pokok-pokok yang cerita diatas saya baru saja berjinak-jinak menanam pokok kacang panjang, sekarang saiznya setinggi pembaris pendek masa kita zaman sekolah dulu tu, pokok kacang menjalar, jadi saya cucuk batang ubi dan saya ikat dengan cable tight macam yang saya buat dekat pokok kacang botol dengan petola bantal.

Ada 3 lagi pokok yang saya belum ceritalah, kita mula dengan pokok halia, pada awalnya saja je tangan saya menggatal ambik halia dekat dapur lepas tu cucuk dekat polybag, lama juga nak tengok daunnya tumbuh. Kalau nak tengok gambar, esok saya letak ya.  Lagi 2 pokok yang saya tanam ialah penyedap apabila makan sup iaitu daun bawang dan daun sup. Ada beberapa pokok saya tanam dan diletakkan didalam beberapa buah pasu. Melihat dari mata kasar Nampak macam boleh hidup, sebab, jiran sebelah rumah tanam, pokoknya mati, mula-mula hidup lepas tu mati. Jiran siap pesan jangan siram air banyak sangat nanti pokoknya mati.

Rasanya dah cover semua pokok yang ditanam, besok kita  nak pergi kebun buat apa-apa yang patut. Jumpa lagi & Assalamualaikum