Saturday, 4 January 2014

2014-Johor kembali bercuti pada hari Jumaat

Assalamualaikum wbt

Baru-baru ini ada post link blog ni dekat FB, tak sangka pula ada yang membaca, dan bertanya kepada saya kenapa letak shortform KKC bukan ke KKS untuk Kebun Kecil Saya. Hahaha... saya pun tak perasan, yang saya ingat masa nak guna KKC ia kedengaran sangat "catchy" di telinga walaupun sepatutnya KKS tapi takde yang salah kot sebab ia kan ikut kesesuaian pemilik. Macam shortform untuk Majlis Amanah Rakyat jadi MARA.. tapi huruf C memang takde dalam ayat Kebun Kecil Saya.. macam sebut Kebun Kecil Caya..

projek terkini dah tanam pokok bendi dalam 30 polybag. 2 beri kat jiran sebelah jadi ada lagi 28 bag, ada lagi 2 projek iaitu nak tanam kobis dengan jagung madu, tengah fikirkan tempat yang sesuai. Jumaat lepas sempena 1 Rabiul awal dan sempena cuti  Jumaat pertama di Johor, sempat jugaklah menajak dan membesarkan kawasan tanaman labu sebab pokok tu menjalar, alihkan pokok cili yang dah tumbuh rapat antara satu sama lain jadi kena alihkan ke kawasan baru. bubuh baja (beli kat kedai RM2) dekat pokok kunyit dengan serai, cuaca 2-3 minggu lepas agak panas, jadi tanah jadi sangat kering, nak mengangkut air dari rumah nyai (panggilan untuk my grandmother) agak jauh jugaklah nak mengangkatnya, tapi alhamdulillah Allah izin hujun turun petang dan malam tadi jadi basah tanah dan segar kembali pokok-pokok saya.

Semalam ramai orang dekat rumah, jadi untuk pertama kalinya mak memetik sayur pucuk keledek yang ditanam di KKC untuk digoreng dan dijadikan hidangan makan tengahari.Batang sayur mak tak buang, mak suruh cucuk balik dekat kawasan pucuk keledek yang masih lapang. 

oh ya bendi yang saya tanam dekat dalam polybag saya tak tanam di KKC tapi saya letak dekat tepi rumah sebab pokok ni perlukan siraman 2 kali sehari saya ke KKC 2 hari seminggu :) jadi jika letak tepi rumah mudah sikit nak menyiram air. Kalau ada air basuhan ikan lagi bagus sebab itu lagi membantu cepatnya pertumbuhan pokok. 

BENDI 1 RABIUL AWAL :)


oklah jumpa lagi di KKC 

 

No comments:

Post a Comment