Thursday, 10 April 2014

Sentuhan April



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebelum ada yang bertanya, lebih baik saya jawab dulu, saya memang suka tulis tajuk entri yang macam ala-ala tajuk lagu. J  J . nak karang sebuah lagu memang tak pandai, dapat hasilkan tajuk lagu pun jadilah.

Hari ini hari Khamis, dan mungkin entri ini akan tiada sebarang gambar kerana esok baru nak kumpul mana-mana gambar dan akan dipublish pada hari Jumaat . Semalam untuk pertama kali saya memetik 3 biji  buah rosselle yang saya tanam akhir Januari lepas. Boleh tengok entri saya bulan Januari jika nak tahu dimana saya membelinya. 

Selain buah rosselle saya juga memetik bendi tua untuk dijadikan benih, dan juga lada cili yang kembali berbuah setelah berakhirnya musim panas berpanjang sepanjang 3 bulan lepas. Alhamdulillah. Semasa musim panas, setiap kali pergi ke KKS saya lebih banyak menyapu dedaun yang gugur, tapi bila hujan mula turun, saya kembali mencabut rumput yang mula menghijau. Tanaman keledek saya gemuk sikit begitu juga En Serai dan En Kunyit, kalau tak "cekeding"je pokoknya.

Oh ya, saya dah alihkan pokok kobis saya, sebelum ni saya tanam dekat dalam pasu dan polybag dekat tepi rumah, tapi dah 3 bulan tanam, taklah berbuah-buah. Jadi minggu lepas saya telah mengambil keputusan drastik untuk mengalihkan lebih kurang 10 pokok kobis ke KKS dan saya tanam terus ke tanah, nak tengok macam mana perkembangannya. Esok, Insyaallah saya akak alihkan lagi beberapa pokok yang ada dekat tepi rumah. 

Pokok jagung madu saya "sakit". Sebelum ini, ada 2 pokok yang sihat membesar (cubaan pertama) tapi jadi semakin layu sejak akhir-akhir ini, dan lebih menyedihkan kena langgar dengan apa agaknya, salah satu batangnya patah. jadi saya turut membuat tindakan susulan Jdengan mengalihkan pokok jagung yang berada didalam polybag untuk ditanam terus kedalam tanah. Dan dengan Kuasa Allah, pokok jagung saya tu menunjukkan tanda-tanda akan mengeluarkan buahnya. Alhamdulillah lagi sekali.

Pokok bendi saya alhamdulillah semuanya sihat dan membesar, saiznya panjang, tapi nak tau tak, bila saya petik buahnya keras kebatu. Saya pun pergilah merujuk ke FB KEBUN BANDAR, sebab nak tahu kenapalah jadi begitu, menurut mereka, salah satu sebabnya ialah bendi tersebut telah terlebih matang, atau memang buah buah tersebut matang pada saiz yang kecil bukan besar, jadi bendi yang saya dah ambik tu saya simpan untuk dijadikan biji benih, begitu juga roselle, saya simpan bijinya untuk dijadikan benih.

Pokok apa lagi yang saya belum cerita ya? Ohh pokok lada hijau dari benih lada kering, setakat minggu lepas yang saya tengok, pokoknya memang membesar bagai johan, dan tengah rancak mengeluarkan bunga bahkan ada antara mereka yang sudah berbuah. Alhamdulillah. Pokok kacang botol saya masa mudanya cantik hijau melilit, tapi mungkin kurang mendapat perhatian dan sedikit terabai, sebahagian daripada mereka ada yang sudah layu begitu juga petola bantal.

Lagi, pokok terung saya yang 2 pokok tu, sebelum ni saya tanam dekat pasu kecil, minggu lepas saya dah alihkan ke pasu yang besar dan saya gantikan tanahnya, sebab dekat pasu lama tanahnya dan berakar dan dah macam sarang burung saya tengok, patutlah tak besar-besar pokoknya. Salah satu pokok dah mula berbuah. Alhamdulillah.

Lagi...emm pokok labu nampaknya dah mula menjalar balik sama seperti keledek, berkat turunnya hujan, dan untuk makluman, ketika saya sedang menulis entri ini hujan sedang turun seperti gugurnya bunga sakura yang menjadi fenomena dibumi Malaysia sekarang ni, rasa macam feeling-feeling berada di Jepun, dekat taman sebelah rumah saya ni ada jugak pokok sakura tu, tapi bunganya tak banyak sangat, kalau pokok yang terletak jauh sikit dari rumah saya lebat bunganya.

Selain dari pokok-pokok yang cerita diatas saya baru saja berjinak-jinak menanam pokok kacang panjang, sekarang saiznya setinggi pembaris pendek masa kita zaman sekolah dulu tu, pokok kacang menjalar, jadi saya cucuk batang ubi dan saya ikat dengan cable tight macam yang saya buat dekat pokok kacang botol dengan petola bantal.

Ada 3 lagi pokok yang saya belum ceritalah, kita mula dengan pokok halia, pada awalnya saja je tangan saya menggatal ambik halia dekat dapur lepas tu cucuk dekat polybag, lama juga nak tengok daunnya tumbuh. Kalau nak tengok gambar, esok saya letak ya.  Lagi 2 pokok yang saya tanam ialah penyedap apabila makan sup iaitu daun bawang dan daun sup. Ada beberapa pokok saya tanam dan diletakkan didalam beberapa buah pasu. Melihat dari mata kasar Nampak macam boleh hidup, sebab, jiran sebelah rumah tanam, pokoknya mati, mula-mula hidup lepas tu mati. Jiran siap pesan jangan siram air banyak sangat nanti pokoknya mati.

Rasanya dah cover semua pokok yang ditanam, besok kita  nak pergi kebun buat apa-apa yang patut. Jumpa lagi & Assalamualaikum

Monday, 31 March 2014

KKS VS Tragedi MH370

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sepanjang bulan Mac lepas, tiada satu pun catatan dibuat, entahlah rasa macam tiada perasaan untuk menulis kerana seperti yang diketahui dunia Malaysia diuji dengan kehilangan pesawat MH370. Penerbangan dari KL-Beijing, China.

Walaupun tiada ahli keluarga yang terlibat tetapi perasaannya seolah-olah ada hubungan yang yang rapat dengan mereka. Setiap perkembangan diikuti tidak kiralah sidang media, sesi dialog, laporan harian dan sebagainyalah.

Sebagai umat Islam yang percaya kepada Qada'dan Qadar, saya menganggap apa jua yang berlaku dimuka bumi ini sebagai perjalanan untuk mencari redha Ilahi.

Berbalik kepada KKS saya, sebenarnya banyak perkembangan tapi biarlah buat masa ini saya kongsikan gambar saja, kerana saya masih ada kerja penting yang harus dilunaskan.

marilah kita sama -sama terus berdoa bukan sahaja kepada MH370 tetapi juga kepada seluruh umat Islam didunia ini semoga kita sama-sama bersatu dan menuju matlamat yang sama iatu mencari Redha Ilahi.



Monday, 24 February 2014

Benih kacang botol

Benih kacang botol

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera

Ada sesiapa yang berminat untuk menanam pokok kacang botol? sebenarnya pokok ni senang saja untuk hidup, tapi disebabkan saya tak pernah tanam sebelum ini maka tidaklah saya ketahui bahawa mudah saja ianya hidup. Benihnya diambil dari kacang botol yang sudah tua dan tidak boleh dimakan, kalau yang muda kita dah masukkan dalam perut kita bijinya.hehehe.

Benih diatas saya ambil dari tanaman mak sedara dekat belakang rumah saya, disebabkan pokoknya sudah terlebih-lebih menjalar maka mak sedara saya telah bertindak mencaras pokok tersebut dan saya pun mengutip kacang-kacang botol yang tua untuk diambil bijinya.

Sebelum ini saya tidak menanam pokok ini sebab ia menjalar dan rumah saya tiada pagar jadi nak dijalarkan kemana pulak kan, nak pasang kayu buat macam jaringan baju tu macam tak berapa nak pandai, tapi bila tengok cara mak sedara saya buat, saya pun rasa "eh macam nie boleh jugak"

Nak tau dia buat macam mana? dia tanam dekat bawah, lepas tu entah macam mana pokok tu boleh menjalar dekat pokok bunga yang bersaiz besar, maka menjalarlah dengan senang hatinya pokok kacang botol itu, nak ambil gambar dah tak sempat sempat sudah dicaras pokoknya oleh mak sedara, tapi saya punya lain sikit. Saya telah menjadikan pokok ceri dekat laman sebab organ utama untuk menjadi induk jalaran. Saya tanam dekat polybag sekitar akhir Januari dan sekarang pokoknya sudah mula menjalar. 

Nak tau apa saya buat, saya cucukkan batang pokok ubi dan saluran paip air yang dah tak guna sebagai batang kayu dan saya cucukkan kedalam polybag, jadi daun yang mula menjalar akan mula melilit pada batang kayu ubi dan saluran paip air yang saya cucuk tu. Macam gambar dekat bawah nie.

saya ada 3 polybag pokok kacang botol, dalam setiap beg, saya letak 2-3 biji benih,  maka banyaklah daunnya seperti gambar diatas. Cuba tengok gambar yang dibawah ni pulak, yang ni dari sudut lain pulak.





jika dekat rumah kita takde pagar atau kayu untuk buat jalaran pokok kacang botol maka anda sudah tiada alasan lagi untuk tidak menanam ulaman berkhasiat ini dirumah. Jika dekat rumah tiada pokok ceri macam saya maka bolehlah ikut stail mak sedara saya tanam dekat pokok bunga yang bersaiz besar dan agak-agak pokok tu macam dah tak keluar bunga atau dah bosan dengan pokok tersebut maka bolehlah jadikan ia sasaran sebagai tempat menjalar kacang botol kawan-kawan.

Oklah sampai disini dulu. Oh ya, jika ada kawan-kawan yang nak tanam pokok ni, boleh bagi saya RM2 nanti saya poskan beninhya guna pos biasa pakai setem RM1, nanti kawan-kawan bukan sahaja dapat benih kacang botol nanti saya bagi sekali benih untuk tanaman lada, tapi nie bukan lada hijau yang gemuk tu, ni dari biji lada kering, kena bagitau dulu takut terperanjat pulak kenapa keding-keding lada yang keluar. Pokok ni senang nak tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan sangat berbanding cili dan lada biasa, dekat kebun, saya tabur je biji ladanya, kalau musim panas macam sekarang mungkin lambat sikit keluar pokoknya tapi kalau musim ada hujan panas, cepat je nanti pokoknya keluar tunas. Nanti bila dah keluar hasil kacang botol dan lada boleh buat menu untuk makan tengahari. Boleh gitu? 

ini gambar biji lada kering, dekat rumah saya memang banyak biji benihnya sebab orang Muar kan suka makan asam pedas, jadi lada kering memang jadi bahan utama dalam masakan. 




Jika ada yang berminat boleh private message(PM) saya di FB, nanti saya bagi butiran lanjut. Ini memang bukan bisness yang melibatkan keuntungan sebab RM2 tu saya guna untuk beli setem, plastik dan sampul surat, yang lebih sen2 tulah upah saya sikit. Boleh macam tu :)

Jumpa lagi, senyum selalu . Wassalam.




Sunday, 16 February 2014

Galeri Gambar

Assalamualaikum wbt

Bukan niat dihati tidak mahu menulis tapi biarlah hanya gambar yang berbicara :)

pokok kobis sedang berkembang mekar

pokok petola bantal yang mula mahu menjalar
 
pokok roselle yang ditanam didalam 4 polybag, tapi yang tumbuh hanya 1, Alhamdulillah
 
pokok bendi yang amat digemari semut mungkin daunnya manis macam tuannya :)
 
pokok kacang botol yang sudah mula menjalar

cubaan pertama menanam pokok terung pemberian mak sedara
 
jagung yang sihat dan menghijau
 
antara pokok cili yang sudah mengeluarkan hasil. Alhamdulillah
pandangan sisi sebahagian dari tanaman ditepi rumah

gara-gara  nak tanam pokok-pokok didalam pasu, habis pasu-pasu pokok bunga mak saya "songlap" . Alasan yang diberi, pokok bunga ni dah tak ada musim dah, tanahnya dah berakar, pokok susah nak hidup. Padahal taktik je tu nak ambik pasunya :), yang tanam dalam polybag tu sebab dah tak ada pasu yang boleh disonglap sebab dah tinggal sikit pokok bunga dalam pasu dekat rumah!


 
 
 

Pokok Sudah Beralih Arah

Assalamualaikum wbt semua & Salam Sejahtera,

Diatas faktor cuaca yang panas dan tanah di KKS menjadi semakin kontang, maka saya dengan berat hati telah membuat keputusan yang besar dalam hidup. (hahaha ayat macam nak membuat keputusan harta peninggalan berjuta-juta)

Bermula hujung minggu lepas, saya telah mula mengalihkan tanaman-tanaman cili saya di KKS ke kawasan laman rumah  bagi memudahkan usaha tuannya menyiram pokok-pokok yang semakin melidi kerana kekurangan air. Terdapat lebih kurang 15 pokok cili saya dah alihkan, berpeluh jagung jugaklah mengangkatnya sebab kena bawak tanahnya sekali sebab tanah di KKS adalah tanah yang elok berbanding tanah dilaman rumah yang keras dan berbatu. Sebenarnya risau jugak, sebab biasanya kalau nak alihkan pokok cili, kena alihkan masa pokoknya belum besar sangat, nie cilinya dah berbuah kena alih lagi. 

Jadi dekat KKS tinggal pokok serai,kunyit, sayur pucuk keledek, labu dengan lada kering, tak boleh nak angkut semua nanti dah tak nampak rumah pulak, nampak pokok-pokok je.  Pokok lada kering memang tak dirancang untuk dialihkan sebab kalau dialihkan mesti mati nanti pokoknya, jadi biarkan saja ditempat yang kami semai sebab tempat semaiannya agak besar dan tanah bakar pun banyak. 

Pokok serai dan kunyit yang dah matang nampaknya masih boleh bertahan walaupun tidak disiram selalu dan terdedah dengan panahan cahaya matahari, tapi labu dan pucuk keledek macam tak berapa nak tahan sebab saya lihat banyak daun-daunnya yang dah mula menguning, dan nampak ramping-ramping batangnya. 

Oh ya, selain pokok lada cili yang saya alihkan, saya turut mengalihkan beberapa anak pokok jagung yang saya pernah taburkan di KKS, walaupun jarang siram, ada juga yang berhasil, jadi saya pun ambil keputusan untuk menanamnya di polybag, untuk pengetahuan dekat laman rumah, ada 2 pokok jagung yang saya tanam dalam pasu, disebabkan ia ditanam dilaman rumah, pertumbuhannya amat mengkagumkan sebab tiap-tiap hari disiram, cuba tengok gambar dekat bawah, pokok jagung yang dekat laman dengan pokok jagung madu yang baru dialihkan dari KKS ke laman, tanam dalam tempoh yang hampir sama tapi pertumbesaran berbeza.






oklah cukup untuk hari ini, untuk next entry saya paparkan gambar-gambar perkembangan pokok-pokok yang lain ya.

oh ya, Alhamdulillah semalam hujan di kawasan saya, ada di sesetengah kawasan hujan turun dengan lebatnya tapi di kg saya hujan turun tidak berapa lebat dan turun sekadar 15 minit, tapi itu sudah cukup memberi kebasahan kepada pokok-pokok saya, (sebenarnya jimat sikit air paip)

 

 

Wednesday, 12 February 2014

Petikan cili pertama kami :)

Assalamualaikum semua

Sejak Januari lalu sehingga tarikh entri ini ditulis, hujan memang tidak turun-turun dikawasan saya. Cuaca pada mulanya berangin kemudian disusuli dengan panas terik yang berpanjangan. Sana - sini kita dapat melihat pembakaran mudah berlaku dikawasan kering kontang. Jadi kepada semua jangan buat pembakaran terbuka ya, nanti berlaku jerebu pulak. Tiba-tiba teringat Muar pernah mencatat bacaan IPU tertinggi di Malaysia apabila di Indonesia berlaku pembakaran ladang (kalau tak silaplah) . Pemilik blog ini juga sebenarnya kena lebih banyak berdoa supaya diturunkan hujan. Hehehehe

Oklah berbalik kepada tajuk entri yang macam gah je bunyinya tukan. saya dengan berbesar hati ingin berkongsi gambar (itu jelah yang boleh) nak kongsi makan belum cukup banyak nak bagi.hahaha . Ini adalah cili gemuk bukan cili kampung yang kecik-kecik, pedas dan berlemak. Saya lihat jika lambat dipetik, cili ini akan berubah menjadi kuning dan akhirnya gugur sendiri.

tara.... inilah hasil petikan cili dari beberapa pokok yang dah mula berbuah.

belum sempat lagi nak merasa tahap kepedasannya sebab stok lada cili dekat icebox ada lagi. Oklah Insyaallah kita jumpa lagi ya. Wassalam
 
              Tetiba macam nak nyanyi lagu kolej masa belajar dulu.hehehe

Semangat Tun Perak

Kami siswa siswi Kolej Tun Perak
Bersedia pantang dicabar
Menyahut seruan agama dan bangsa
Berbakti kepada nusa tercinta

Kecemerlangan agenda utama
Trampil diri budaya kita
Pragmatik sentiasa jaya minda wawasan
Bersatu harmoni cipta gemilang

Bangga rasa di hati kita
Kolej Tun Perak yang kami cintai
Penghuninya berdikari
Hidup dalam harmoni

Kolej Tun Perak kolejku terkenal
Kolej Tun Perak lambing kejayaan
Disinilah bermulanya warisan pembela bangsa (2x)

Lagu dan Lirik : Amman

sumber lagu dari website Kolej Tun Perak, UPM

Monday, 27 January 2014

Berita sedih dari KKS

Assalamualaikum semua

Jumaat lepas pergilah menjenguk KKS, alangkah hibanya hati bila melihat tanaman lada saya yang sudah dipindahkan diatas batas hampir 90% mati. Ini disebabkan faktor kemalasan dan kesibukkan tuannya untuk menyiram menyebabkan hidupan kecil itu tidak dapat bertahan lama.

Bagi mengelakkan perkara ini berulang saya telah membeli saluran getah yang boleh menyalurkan air dari rumah nyai ke kebun. Untuk makluman, rumah nenek saya tu dengan kebun berjarak lebih kurang dalam 20 kaki melangkah. Jadi jangan bagi alasan malas nak angkat baldi untuk siram pokok ya cik kak!

ini gambar sebelum kejadian, gambar selepas kejadian tidak sanggup untuk diambil kerana kelihatan seperti batas yang belum dicucuk apa-apa :(

namun begitu disebalik kesedihan itu ada juga pengubatnya, benih jagung madu yang saya sesaja campak tu hidup pulak. mungkin dia tak perlukan banyak air kot. saya punya pokok-pokok lain ada yang dijangkiti serangga perosak dan ada yang juga yang segar bugar.

hujung minggu ni dapatlah berlama-lamaan dikebun sebab cuti Tahun Baru Cina. 

Sampai jumpa. Assalamualaikum :)

Wednesday, 22 January 2014

Misi Jumaat

Assalamualaikum wbt

Baru-baru ini saya ada memesan pokok stevia dan benih roselle melalui online. Pertama kali memesan benda hidup untuk dipos :) Alhamdulillah selamat selamat dan masih hidup.hahahaha

Insyaallah hari Jumaat nanti akan cuba untuk menanam pokok roselle, benih dan pokok stevia saya beli dari blog "Semua Menjadi" harap-harap menjadilah pokok saya tu. Pokok Stevia saya beli dengan harga RM12 manakala benih Roselle RM2 sepaket, siap dapat free 3 benih lain lagi iaitu kangkung (sayur paling kontroversi di Bulan Januari 2014), kacang botol dan petola bantal (saya baru pertama kali dengar) dan rupanya seperti gambar dibawah.

gambar diatas ini pun saya ambil dari taukey benih yang saya order tu.

Mak bagitau pokok lada banyak yang mati sebab tanah kering sangat dan tidak berkesempatan untuk disiram sebab hujung minggu lepas jadual sedikit sibuk dan masa banyak tertumpu pada tanaman dekat tepi rumah. Kesian kamu pokok, Insyaallah Jumaat nanti akak siram ya, jangan mati dulu ya. Pokok - pokok yang besar tumbesarannya tidak berapa terkesan, tapi pokok yang nak mengenal dunia memang terkesan bila tidak disirami dengan air, macam manusia juga bayi dan orang dewasa kan mempunyai ketahanan antibody yang berbeza. Boleh ke buat perumpamaan sebegitu rupa. Boleh kot (saya yang bolehkan)

Oklah jumpa lagi di catatan akan datang.

Sebelum berpisah jom tengok koleksi sayuran dan tanaman makteh saya yang tinggal di belakang rumah saya. Lagi hebat sayurannya. Assalamualaikum


















Friday, 17 January 2014

Terkini tanaman diatas tanah

Assalamualaikum & jumpa lagi kita ya :)

Entri sebelum ni saya ada paparkan perkembangan cucuk tanam saya didalam polybag dan pasu, sekarang ni saya nak kongsi perkembangan cucuk tanam saya diatas tanah yang terletak di KKC, (untuk yang belum tau, tanaman didalam polybag saya lakukan dekat tepi rumah je, sebab senang nak siram dan pokok-pokok ini memang perlukan penjagaan awal).

Biar saya paparkan gambar lepas tu kita cerita ya...

ini adalah tanaman labu saya, daunnya agak kekuningan mungkin tidak cukup protein kot :) lagi satu cuaca memang agak panas dan kurangnya hujan yang turun menyebabkan tanah menjadi keras dan begitu kering sekali. Semoga my litle pumpkin hidup dengan sihat selepas ini, aminn dan mengeluarkan buahmu dengan banyak. Aminn Ya Allah.

seterusnya, ini adalah anak pokok dari biji lada kering, saya tabur je seminggu lepas tu dah keluar anak-anak pokok lada, hasil lada yang keluar nie macam lada besar tapi badannya keding2 (faham ke?) hehehe kecik-kecik.

ini pokok dari biji lada kering juga tapi yang dah besar sikit dan saya dah pindahkan diatas batas yang telah saya buat, saya dah ada pengalaman menanam lada ini sebelum ini, pokonya lebih senang hidup berbanding pokok cili. kalau saya tanam 20 pokok lada ni, mungkin hanya 1atau 2 pokok je lada cili yang hidup walaupun asalnya saya tanam pokok lada cili banyak.

Alhamdulillah, kali ini tanaman pokok cili saya banyak yang hidup, kalau tidak silap ada dalam 20 pokok. Yang dekat atas ni yang paling gemuk dan sihat sekali. Semoga cik lada cili membesar bagai johan dan keluarkan cili yang banyak bolehlah nati tuanmu sedekah dekat jiran-jiran.

Tanaman pucuk keledek saya yang semakin menjalar-jalar, untuk makluman sudah beberapa kali kami tuai hasilnya. Alhamdulillah.

pemandangan dari bahagian tepi KKC
encik serai saya juga semakin sihat berbanding sebelum ini. Alhamdulillah

Sebenarnya nak letak gambar banyak, tapi loading agak slow jadi terasa begitu penat mengadap laptop.hehehe 

Saya berdoa semoga semua tanaman saya dapat mengeluarkan hasil dan berbakti kepada tuannya dan kaum kerabatnya. Amin Ya Allah

nanti kita sambung lagi ya , sebelum mengakhiri catatan saya nak letak gambar aktiviti saya semasa cuti maulidur rasul hari tu, lepas balik kebun pukul 12, saya mencuba membuat ala-ala cheesy KFC tapi tak berapa nak sedap.Hahaha dan saya siap olah buat 2 inti iaitu cheese dan daging burger, luarannya memang dah jadi dah tapi rasa 50% je, bagi dekat kucing, kucing pun tak nak makan kecik hati saya tau kucing :(
lepas tu tengahari tadi saya sempat buat air jus durian belanda, yang ni kalau tak jadi memang tak patut sebab bahannya mudah dan blend je. kali nie jus saya sedap.Alhamdulillah


jumpa lagi Jumaat akan datang. Insyaallah.




Terkini di KKC

Assalamualaikum & Salam Jumaat semua

hari ini merupakan minggu ke-3 negeri Johor mula bercuti setiap hari Jumaat & Sabtu, dan hari ini juga Thaipusam jadi seluruh Malaysia cuti (bagi negeri yang ambillah cuti nie :)

ok, perkembangan terkini tanaman saya agak progresif sebab banyak benih yang disemai sudah mula tumbuh, alhamdulillah.

Jom kita tengok hasilnya...............


ini adalah pokok bendi yang saya tanam pada 1 rabiul awal yang lalu, dan hari ini usianya sudah mencecah 13 hari, sebelum ini saya ada bagitau saya ada 28 polybag untuk tanaman bendi nampaknya yang dah keluar besar gambar diatas ada dalam 15 pokok, yang selebihnya mungkin malu lagi nak keluar,


ini pulak pokok kobis, usianya baru seminggu, saya saja je tabur dekat bekas tayar yang ditimbus dengan tanah, hidup pulak, alhamdulillah, bila dah tumbuh saya alihkan ke dalam bekas bawang yang dah tak pakai nie, sebab takut ada kesan pulak tanam sayur kobis kat dalam bekas tayar.


selain dari pokok kubis, ini juga merupakan cubaan pertama saya, pokok comel diatas ialah anak pokok jagung madu, sebelum pokok nie membesar saya tanam dekat dalam vase yang saya beli dengan harga 10 sen. Ya 10sen sebab masa tu 31 Ogos, kedai tu buat promosi 80% barang-barangnya dijual dengan harga rm10 sen. Vase ni plastik je ada corak kat luar.

ini adalah kumpulan kobis

ini adalah kumpulan bendi yang ditengah-tengah adalah cik bunga

ini juga kumpulan bendi yang ditengahnya pula adalah cik jagung madu

next entri saya upadate gambar - gambar tanaman yang ditanam diatas tanah. see u soon (nak solat asar dulu)