Assalamualaikum wbt semua & Salam Sejahtera,
Diatas faktor cuaca yang panas dan tanah di KKS menjadi semakin kontang, maka saya dengan berat hati telah membuat keputusan yang besar dalam hidup. (hahaha ayat macam nak membuat keputusan harta peninggalan berjuta-juta)
Bermula hujung minggu lepas, saya telah mula mengalihkan tanaman-tanaman cili saya di KKS ke kawasan laman rumah bagi memudahkan usaha tuannya menyiram pokok-pokok yang semakin melidi kerana kekurangan air. Terdapat lebih kurang 15 pokok cili saya dah alihkan, berpeluh jagung jugaklah mengangkatnya sebab kena bawak tanahnya sekali sebab tanah di KKS adalah tanah yang elok berbanding tanah dilaman rumah yang keras dan berbatu. Sebenarnya risau jugak, sebab biasanya kalau nak alihkan pokok cili, kena alihkan masa pokoknya belum besar sangat, nie cilinya dah berbuah kena alih lagi.
Jadi dekat KKS tinggal pokok serai,kunyit, sayur pucuk keledek, labu dengan lada kering, tak boleh nak angkut semua nanti dah tak nampak rumah pulak, nampak pokok-pokok je. Pokok lada kering memang tak dirancang untuk dialihkan sebab kalau dialihkan mesti mati nanti pokoknya, jadi biarkan saja ditempat yang kami semai sebab tempat semaiannya agak besar dan tanah bakar pun banyak.
Pokok serai dan kunyit yang dah matang nampaknya masih boleh bertahan walaupun tidak disiram selalu dan terdedah dengan panahan cahaya matahari, tapi labu dan pucuk keledek macam tak berapa nak tahan sebab saya lihat banyak daun-daunnya yang dah mula menguning, dan nampak ramping-ramping batangnya.
Oh ya, selain pokok lada cili yang saya alihkan, saya turut mengalihkan beberapa anak pokok jagung yang saya pernah taburkan di KKS, walaupun jarang siram, ada juga yang berhasil, jadi saya pun ambil keputusan untuk menanamnya di polybag, untuk pengetahuan dekat laman rumah, ada 2 pokok jagung yang saya tanam dalam pasu, disebabkan ia ditanam dilaman rumah, pertumbuhannya amat mengkagumkan sebab tiap-tiap hari disiram, cuba tengok gambar dekat bawah, pokok jagung yang dekat laman dengan pokok jagung madu yang baru dialihkan dari KKS ke laman, tanam dalam tempoh yang hampir sama tapi pertumbesaran berbeza.
oklah cukup untuk hari ini, untuk next entry saya paparkan gambar-gambar perkembangan pokok-pokok yang lain ya.
oh ya, Alhamdulillah semalam hujan di kawasan saya, ada di sesetengah kawasan hujan turun dengan lebatnya tapi di kg saya hujan turun tidak berapa lebat dan turun sekadar 15 minit, tapi itu sudah cukup memberi kebasahan kepada pokok-pokok saya, (sebenarnya jimat sikit air paip)
No comments:
Post a Comment