Bukan niat dihati tidak mahu menulis tapi biarlah hanya gambar yang berbicara :)
pokok kobis sedang berkembang mekar
pokok petola bantal yang mula mahu menjalar
pokok roselle yang ditanam didalam 4 polybag, tapi yang tumbuh hanya 1, Alhamdulillah
pokok bendi yang amat digemari semut mungkin daunnya manis macam tuannya :)
pokok kacang botol yang sudah mula menjalar
cubaan pertama menanam pokok terung pemberian mak sedara
jagung yang sihat dan menghijau
antara pokok cili yang sudah mengeluarkan hasil. Alhamdulillah
pandangan sisi sebahagian dari tanaman ditepi rumah
gara-gara nak tanam pokok-pokok didalam pasu, habis pasu-pasu pokok bunga mak saya "songlap" . Alasan yang diberi, pokok bunga ni dah tak ada musim dah, tanahnya dah berakar, pokok susah nak hidup. Padahal taktik je tu nak ambik pasunya :), yang tanam dalam polybag tu sebab dah tak ada pasu yang boleh disonglap sebab dah tinggal sikit pokok bunga dalam pasu dekat rumah!
No comments:
Post a Comment