Monday, 24 February 2014

Benih kacang botol

Benih kacang botol

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera

Ada sesiapa yang berminat untuk menanam pokok kacang botol? sebenarnya pokok ni senang saja untuk hidup, tapi disebabkan saya tak pernah tanam sebelum ini maka tidaklah saya ketahui bahawa mudah saja ianya hidup. Benihnya diambil dari kacang botol yang sudah tua dan tidak boleh dimakan, kalau yang muda kita dah masukkan dalam perut kita bijinya.hehehe.

Benih diatas saya ambil dari tanaman mak sedara dekat belakang rumah saya, disebabkan pokoknya sudah terlebih-lebih menjalar maka mak sedara saya telah bertindak mencaras pokok tersebut dan saya pun mengutip kacang-kacang botol yang tua untuk diambil bijinya.

Sebelum ini saya tidak menanam pokok ini sebab ia menjalar dan rumah saya tiada pagar jadi nak dijalarkan kemana pulak kan, nak pasang kayu buat macam jaringan baju tu macam tak berapa nak pandai, tapi bila tengok cara mak sedara saya buat, saya pun rasa "eh macam nie boleh jugak"

Nak tau dia buat macam mana? dia tanam dekat bawah, lepas tu entah macam mana pokok tu boleh menjalar dekat pokok bunga yang bersaiz besar, maka menjalarlah dengan senang hatinya pokok kacang botol itu, nak ambil gambar dah tak sempat sempat sudah dicaras pokoknya oleh mak sedara, tapi saya punya lain sikit. Saya telah menjadikan pokok ceri dekat laman sebab organ utama untuk menjadi induk jalaran. Saya tanam dekat polybag sekitar akhir Januari dan sekarang pokoknya sudah mula menjalar. 

Nak tau apa saya buat, saya cucukkan batang pokok ubi dan saluran paip air yang dah tak guna sebagai batang kayu dan saya cucukkan kedalam polybag, jadi daun yang mula menjalar akan mula melilit pada batang kayu ubi dan saluran paip air yang saya cucuk tu. Macam gambar dekat bawah nie.

saya ada 3 polybag pokok kacang botol, dalam setiap beg, saya letak 2-3 biji benih,  maka banyaklah daunnya seperti gambar diatas. Cuba tengok gambar yang dibawah ni pulak, yang ni dari sudut lain pulak.





jika dekat rumah kita takde pagar atau kayu untuk buat jalaran pokok kacang botol maka anda sudah tiada alasan lagi untuk tidak menanam ulaman berkhasiat ini dirumah. Jika dekat rumah tiada pokok ceri macam saya maka bolehlah ikut stail mak sedara saya tanam dekat pokok bunga yang bersaiz besar dan agak-agak pokok tu macam dah tak keluar bunga atau dah bosan dengan pokok tersebut maka bolehlah jadikan ia sasaran sebagai tempat menjalar kacang botol kawan-kawan.

Oklah sampai disini dulu. Oh ya, jika ada kawan-kawan yang nak tanam pokok ni, boleh bagi saya RM2 nanti saya poskan beninhya guna pos biasa pakai setem RM1, nanti kawan-kawan bukan sahaja dapat benih kacang botol nanti saya bagi sekali benih untuk tanaman lada, tapi nie bukan lada hijau yang gemuk tu, ni dari biji lada kering, kena bagitau dulu takut terperanjat pulak kenapa keding-keding lada yang keluar. Pokok ni senang nak tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan sangat berbanding cili dan lada biasa, dekat kebun, saya tabur je biji ladanya, kalau musim panas macam sekarang mungkin lambat sikit keluar pokoknya tapi kalau musim ada hujan panas, cepat je nanti pokoknya keluar tunas. Nanti bila dah keluar hasil kacang botol dan lada boleh buat menu untuk makan tengahari. Boleh gitu? 

ini gambar biji lada kering, dekat rumah saya memang banyak biji benihnya sebab orang Muar kan suka makan asam pedas, jadi lada kering memang jadi bahan utama dalam masakan. 




Jika ada yang berminat boleh private message(PM) saya di FB, nanti saya bagi butiran lanjut. Ini memang bukan bisness yang melibatkan keuntungan sebab RM2 tu saya guna untuk beli setem, plastik dan sampul surat, yang lebih sen2 tulah upah saya sikit. Boleh macam tu :)

Jumpa lagi, senyum selalu . Wassalam.




Sunday, 16 February 2014

Galeri Gambar

Assalamualaikum wbt

Bukan niat dihati tidak mahu menulis tapi biarlah hanya gambar yang berbicara :)

pokok kobis sedang berkembang mekar

pokok petola bantal yang mula mahu menjalar
 
pokok roselle yang ditanam didalam 4 polybag, tapi yang tumbuh hanya 1, Alhamdulillah
 
pokok bendi yang amat digemari semut mungkin daunnya manis macam tuannya :)
 
pokok kacang botol yang sudah mula menjalar

cubaan pertama menanam pokok terung pemberian mak sedara
 
jagung yang sihat dan menghijau
 
antara pokok cili yang sudah mengeluarkan hasil. Alhamdulillah
pandangan sisi sebahagian dari tanaman ditepi rumah

gara-gara  nak tanam pokok-pokok didalam pasu, habis pasu-pasu pokok bunga mak saya "songlap" . Alasan yang diberi, pokok bunga ni dah tak ada musim dah, tanahnya dah berakar, pokok susah nak hidup. Padahal taktik je tu nak ambik pasunya :), yang tanam dalam polybag tu sebab dah tak ada pasu yang boleh disonglap sebab dah tinggal sikit pokok bunga dalam pasu dekat rumah!


 
 
 

Pokok Sudah Beralih Arah

Assalamualaikum wbt semua & Salam Sejahtera,

Diatas faktor cuaca yang panas dan tanah di KKS menjadi semakin kontang, maka saya dengan berat hati telah membuat keputusan yang besar dalam hidup. (hahaha ayat macam nak membuat keputusan harta peninggalan berjuta-juta)

Bermula hujung minggu lepas, saya telah mula mengalihkan tanaman-tanaman cili saya di KKS ke kawasan laman rumah  bagi memudahkan usaha tuannya menyiram pokok-pokok yang semakin melidi kerana kekurangan air. Terdapat lebih kurang 15 pokok cili saya dah alihkan, berpeluh jagung jugaklah mengangkatnya sebab kena bawak tanahnya sekali sebab tanah di KKS adalah tanah yang elok berbanding tanah dilaman rumah yang keras dan berbatu. Sebenarnya risau jugak, sebab biasanya kalau nak alihkan pokok cili, kena alihkan masa pokoknya belum besar sangat, nie cilinya dah berbuah kena alih lagi. 

Jadi dekat KKS tinggal pokok serai,kunyit, sayur pucuk keledek, labu dengan lada kering, tak boleh nak angkut semua nanti dah tak nampak rumah pulak, nampak pokok-pokok je.  Pokok lada kering memang tak dirancang untuk dialihkan sebab kalau dialihkan mesti mati nanti pokoknya, jadi biarkan saja ditempat yang kami semai sebab tempat semaiannya agak besar dan tanah bakar pun banyak. 

Pokok serai dan kunyit yang dah matang nampaknya masih boleh bertahan walaupun tidak disiram selalu dan terdedah dengan panahan cahaya matahari, tapi labu dan pucuk keledek macam tak berapa nak tahan sebab saya lihat banyak daun-daunnya yang dah mula menguning, dan nampak ramping-ramping batangnya. 

Oh ya, selain pokok lada cili yang saya alihkan, saya turut mengalihkan beberapa anak pokok jagung yang saya pernah taburkan di KKS, walaupun jarang siram, ada juga yang berhasil, jadi saya pun ambil keputusan untuk menanamnya di polybag, untuk pengetahuan dekat laman rumah, ada 2 pokok jagung yang saya tanam dalam pasu, disebabkan ia ditanam dilaman rumah, pertumbuhannya amat mengkagumkan sebab tiap-tiap hari disiram, cuba tengok gambar dekat bawah, pokok jagung yang dekat laman dengan pokok jagung madu yang baru dialihkan dari KKS ke laman, tanam dalam tempoh yang hampir sama tapi pertumbesaran berbeza.






oklah cukup untuk hari ini, untuk next entry saya paparkan gambar-gambar perkembangan pokok-pokok yang lain ya.

oh ya, Alhamdulillah semalam hujan di kawasan saya, ada di sesetengah kawasan hujan turun dengan lebatnya tapi di kg saya hujan turun tidak berapa lebat dan turun sekadar 15 minit, tapi itu sudah cukup memberi kebasahan kepada pokok-pokok saya, (sebenarnya jimat sikit air paip)

 

 

Wednesday, 12 February 2014

Petikan cili pertama kami :)

Assalamualaikum semua

Sejak Januari lalu sehingga tarikh entri ini ditulis, hujan memang tidak turun-turun dikawasan saya. Cuaca pada mulanya berangin kemudian disusuli dengan panas terik yang berpanjangan. Sana - sini kita dapat melihat pembakaran mudah berlaku dikawasan kering kontang. Jadi kepada semua jangan buat pembakaran terbuka ya, nanti berlaku jerebu pulak. Tiba-tiba teringat Muar pernah mencatat bacaan IPU tertinggi di Malaysia apabila di Indonesia berlaku pembakaran ladang (kalau tak silaplah) . Pemilik blog ini juga sebenarnya kena lebih banyak berdoa supaya diturunkan hujan. Hehehehe

Oklah berbalik kepada tajuk entri yang macam gah je bunyinya tukan. saya dengan berbesar hati ingin berkongsi gambar (itu jelah yang boleh) nak kongsi makan belum cukup banyak nak bagi.hahaha . Ini adalah cili gemuk bukan cili kampung yang kecik-kecik, pedas dan berlemak. Saya lihat jika lambat dipetik, cili ini akan berubah menjadi kuning dan akhirnya gugur sendiri.

tara.... inilah hasil petikan cili dari beberapa pokok yang dah mula berbuah.

belum sempat lagi nak merasa tahap kepedasannya sebab stok lada cili dekat icebox ada lagi. Oklah Insyaallah kita jumpa lagi ya. Wassalam
 
              Tetiba macam nak nyanyi lagu kolej masa belajar dulu.hehehe

Semangat Tun Perak

Kami siswa siswi Kolej Tun Perak
Bersedia pantang dicabar
Menyahut seruan agama dan bangsa
Berbakti kepada nusa tercinta

Kecemerlangan agenda utama
Trampil diri budaya kita
Pragmatik sentiasa jaya minda wawasan
Bersatu harmoni cipta gemilang

Bangga rasa di hati kita
Kolej Tun Perak yang kami cintai
Penghuninya berdikari
Hidup dalam harmoni

Kolej Tun Perak kolejku terkenal
Kolej Tun Perak lambing kejayaan
Disinilah bermulanya warisan pembela bangsa (2x)

Lagu dan Lirik : Amman

sumber lagu dari website Kolej Tun Perak, UPM